



Ini adalah yg harus dipercayai oleh setiap manusia. Yg hidup pasti akan mati tapi pernah kah kita fikirkn dengan cara yg bagaimana kita ingin kembali ke rahmatulluh
Jika aku diberikn pilihan untuk memilih,aku ingin meninggal di atas sejadah di Mekah tapi aku tidak boleh menentukn nye kerana Yang Maha Esa yg lebih mengetahui...
ALLAH SWT telah berfirman mengingatkan kita dalam Surah Ali ‘Imran ayat 185, yang bermaksud “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan di masukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
Tengah hari tadi 8/01/10 , aku dapat berita....Tok Som kembali ke rahmatullah....arghhh sedihnya...Tak sempat nak ziarah Tok Som....Setiap kali aku dgr berita kematian, pasti aku rasa insaf seketika....takut dgn balasan tuhan atas segala perbuatan aku selama ni....Semoga tuhan tetapkan imanku...beri petunjuk dan hidayah kepadaku, sesungguhnya aku hanya insan kerdil yg hidup didunia yg besar ni yg tak lepas melakukan kesilapan....
Al Fatehah buat Arwah Tok Som dan buat Abg ngah sekeluarga...semoga redha dgn pemergian tok Som...dan marilah kita sama doakan semoga Arwah ditempatkan bersama org2x yg beriman...insyaallah
No comments:
Post a Comment