Tuesday, September 7, 2010

Puting dalia

Kesian adik dalia...puting kopek dia tinggal dalam keta acik untie...tadi nak hantar repair keta, ternampak ada puting bawah seat..

Thursday, August 19, 2010

Happy Birthday to Me !!!!

Happy birthday to me...Aku nak cake mcm siti...ada ke org nak bg kek kat aku mcm tu? JANGAN KO PERASAN ECAH!!! ko ingat ko tu artis ker? hmmmm....mmg pun, aku bkn artis pun, pelakon belakang tabir pun bukan! Aku insan biasa jer... :(



Beruntung dan bertuahkan siti...setiap tahun dapat hadiah mahal...dapat kek bertingkat2x... hmm...eh! ni hari jadi aku le..napa siti interprem lak!

ok..ok...tutup mata...tadah tangan, minta doa pada Allah. "ya allah ya tuhanku, aku bersyukur kepadamu ya allah, kerana nikmat yang ko berikan kepadaku dan kesempatan utk aku melangkah kehadapan lagi. Ya allah, kau kuatkanlah semangatku, kau teguhkan imanku, permudahkan segala urusan hidupkuya allah, ringankanlah ya allah segala beban hutang piutang ku dan ko limpahkanlah rezekimu ya allah..." ya allah tuhan yang maha mulia maha kuasa, ko tetapkanlah jodohku dengan orang yang beriman..aminnnn"

doa yang akhir tu harussss.....hehhehe semoga aku ada teman untuk aku meniti usia tuaku nanti. insyaallah...

Abah...

Ramadhan datang lagi....sayunye hati ni..mulalah teringatkan arwah abah. Dulu waktu arwah abah ada, tak pernah pun aku heran dia balik ke, ada ke kat umah.. tp bila dah tiada hati ni mula rasa sayu. Apatah lagi bila masalah menimpa! aduhhh siksanya rasa, takder tempat nak ngadu. Semuanya buat sendiri, baik dari tukar mentol lampu, tukar kepala pipe, tukar getah washing machine, cat rumah, tukar tombol pintu...semualah aku kena buat sendiri! aku kena belajar pasang dan repair sendiri!

"kenapa tak panggil jer kontraktor?" kata jiranku...ahhhh !! tobat aku nak panggil kontraktor lg, bayar mahal2x last2x entand dapur belakang mcm reban ayam apa tah dibuatnya! Dalam hati sbnrnya aku tak der duit dah...mana nak cekau duit lagi. kot dulu ada abah, boleh lah gak mintak kat dia. skrg?? takkan nak panggil abah lagi.

Alangkah baiknya kalo abah ada lagi..aku nak bawa mak dan abah jalan-jalan satu malaysia. Guna duit sapa? tentulah duit abah...hehehehhe...gaji aku pun bukannya banyak. cukuplah nak bayar duit api, air, cukai, astro, indah water, keta, credit card...mmg cukup2x mkn jer.

Kdg2x kesian tgk mak...bila mak susah hati jer..mulalah dia nyebut2x nama arwah abah. kadang2x sampai tahap mak samakan tingkah laku aku yang banyak ikut arwah abah...cara jalan, cara cakap, cara bersin! dan paling lawak cara aku mkn ketam pun mak aku samakan mcm arwah abah. Aku tau mak rindu abah sbnrnya. Aku pun rindu abah gak...tapi betul ke aku banyak ikut cara abah?? hmmm.....

Abahhhh....rindunya kat abahhhh....rindu sgt2x...

al-fatihah untuk arwah abah, Mat Bin Othman. semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2x yang beriman. aminnnnn...

Saturday, March 27, 2010

Friday, March 26, 2010

Aku rasa spt putus asa, letih nak teruskan perjuangan hidup ini

Hari ini nampaknya semua serba tak kena. buat itu tak kena, buat ini tak kena. terasa kosong dan tiada matlamat dalam kehidupan. tiada rasa sesuatu yg membuatkan aku benar2 mampu tersenyum sepnuhnya. terasa bosan dengan hidup. terasa mahu membiarkan segala apa yg berlaku terus berlaku dan tidak mahu mengubahnya. terasa tiada lagi cinta dalam hidup ini. terasa tiada lagi nikmat dalam hidup ini. terasa hanya kegagalan menanti. terasa hanya ingin nafsu diikuti.

aku merasa kecewa. aku merasa sedih. aku merasa pilu. aku merasa diri ini tidak dihargai. aku merasa diri ini tiada nilai. aku merasakan cinta yg ingin aku hulurkan tiada nilai. aku terasa aku hina, tapi hina benarkah aku sehingga aku merayu untuk secebis kasih. aku telah penat berusaha. Letih untu semua ini.

YA ALLAH, aku hambamu yg lemah. aku jahil. aku hina. aku berdosa. aku tidak layak untuk syurgamu, tapi aku takut seksa nerakamu YA ALLAH. aku bukanlah hambamu yg bersyukur. aku merungut dan tidak reda dengan pemberiaan MU. YA ALLAH, segalanya milik engkau YA ALLAH. KAU bantulah aku YA ALLAH. jadikanlah aku hambamu yg tahan dengan ujianMU. dunia ini sementara sahaja, aku ingin menatap wajahmu di syurga. YA ALLAH, sekiranya kau tak bantu aku, siapa lagi mahu bantu YA ALLAH. berilah aku kekuatan untuk reda dengan ketentuanMU YA ALLAH.

Berhenti berharap

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa…

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo…

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Haa…
Haa…

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Saturday, February 6, 2010

Muhasabah diri

manusia... adakalanye bukan menyembunyikan kesalahan.. tetapi mempertahankan kebenaran yang seringkali disalah anggap sebagai kesilapan... lebih2 lagi kita sebagai melayu...sanggahan kita dengan senyum...meribat dengan gurindam...menikam dengan pantun...sebab kita yakin dan kita percaya.... patah lidah alamat kalah...patah keris alamat mati...renung-renungkan...selamat bermuhasabah...

Friday, February 5, 2010

Allah Maha Mengetahui

".....dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu,sedang ia lebih baik bagimu.Boleh jadi kamu kasihi sesuatu,sedang ia membawa mudarat kepadamu.Dan Tuhan maha mengetahui,tetapi tiada kamu mengetahui...Berlapang dadalah menerima apa yg didatangkan kpd kita krn Tuhan tau apa yg terbaik utk kita......"



Setaip kali hati aku sedih dgn dugaan hidup ini, ayat ini pasti aku baca....tenang bila aku membacanya...lapang dada ...aku harus belajar menerima segala ketentuan Illahi dgn hati terbuka...semua itu rahmat Allah...

Sejak kebelakangan ini, kakakku, angah sudah mula bersuara tentang soal jodohku...nak tahu apa jawapan aku pada angah? "semua ini adalah rahmat Allah.." aku tidak pernah menolak siapa jodoh ku...aku juga berusaha ke arah itu...setiap kali aku melihat baby, hati aku akan tersentuh, dan tak kala itu juga hati aku akan terasa sunyi...siapa yg tak nak berkeluarga? dan siapa yg tak nak berkahwin? tanyalah pada semua org, pasti Ya jawapannya...begitu juga diri ini!

Aku pasrah dan redha dgn ketentuan Illahi tentang soal jodoh diri ini..Aku yakin, Tuahn maha mengetahui apa yg terbaik utk diri ini..cuma aku mohon padaMu Ya Allah, kuatkan semangat dan teguhkan imanku Ya Allah untuk aku menempuh kehidupan ini...

Sunday, January 31, 2010

Doa

Peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat. Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita

Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”

Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,




Kemudian mengatakan, atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]

7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]

9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.

Wallahu’alam.

Kenapa Masih Belum Berumahtangga ?

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”


Wallahu’alam

Thursday, January 28, 2010

Birthday Dayah 26/01/10



Happy Birthday to doyah....semoga cepat besar, bijak, cerdik dan cergas selalu....Acik untie tak dpt celebrate birthday doyah sbb ada hal...nanti kalo ada masa acik untie belikan kek untuk doyah ye....muahhhh

kenapa manusia berdusta???

kenapa ye manusia suka berdusta??? apa yg mereka dapat jika berdusta?

BERDUSTA ialah perbuatan di mana seseorang itu sengaja mahu memberi gambaran yang salah kepada orang yang didustai. Dusta mungkin dilakukan secara tersurat mahu pun tersirat. Biasanya dusta dilakukan dengan menggunakan kata-kata yang jelas berniat memberi gambaran salah.

Manusia berdusta kerana bermacam-macam alasan. Walau bagaimanapun, menurut pakar-pakar psikologi, ada empat jenis dorongan yang menyebabkan kita sanggup berdusta:
(1) Mendapatkan keperluan asas:
Kita berdusta kerana hendak mendapatkan benda-benda material yang penting kepada kita. Kita juga berdusta supaya kita tidak kehilangan benda-benda itu. Wang dan harta benda termasuk di dalam kategori ini. Sebagai contoh, seorang isteri meminta wang tambahan dengan berdusta kepada suaminya bahawa wang belanja bulanan sudah habis padahal belum, kerana dia mahu menggunakan wang itu untuk membeli beg tangan baru. Seorang suami merahsiakan bahawa, selain gajinya dia juga mempunyai sumber-sumber pendapatan lain kerana dia takut wang itu akan diminta oleh isterinya atau isterinya akan mempersoalkan apa yang dia hendak buat dengan wangnya itu.

(2) Estim-diri:
Ada kalanya kita berdusta kerana hendak menjaga estim-diri atau maruah kita. Sebagai contoh, kita tidak mahu orang lain tahu bahawa kita mempunyai sifat-sifat buruk. Ada kalanya kita juga berdusta untuk menaikkan estim-diri kita di mata orang yang kita dustai. Sebagai contoh, kita berdusta dengan mengatakan kita seorang setiausaha, padahal kita cuma seorang kerani. Ada kalanya, kita mungkin berdusta kerana hendak menunjukkan gambaran seolah-olah kita adalah seorang yang berkebolehan atau berkedudukan baik. Sebagai contoh, kita membeli kereta besar walaupun kita tak berapa mampu kerana kita hendak memberi gambaran kita datang daripada kelas sosial yang tinggi, dan kita layak diterima sebagai rakan pergaulan oleh mereka yang menganggotai kelas itu.

(3) Perhubungan:
Kadangkala kita berdusta kerana hendak menjaga hubungan baik yang ada. Ramai suami berdusta kepada isteri kerana hendak mengelakkan krisis rumahtangga. Ada pula masanya kita berdusta untuk menamatkan hubungan yang tidak kita ingini. Sebagai contoh seorang suami berdusta supaya isterinya tidak suka lagi kepadanya, supaya dengan itu dia dapat membuka jalan perpisahan. Ada pula masanya kita berdusta kerana tidak mahu memenuhi kehendak atau permintaan orang itu. Ramai suami berdusta kerana tidak mahu melayan permintaan isteri. Sebagai contoh, isteri meminta set meja makan baru dan sami berdusta mengatakan dia tidak ada wang. Ramai pula isteri berdusta untuk memutar-belit suami supaya mahu menuruti kehendak mereka. Kadang-kadang kita juga berdusta kerana hendak mengawal perjalanan sesuatu perbualan. Sebagai contoh, suami berdusta kepada isteri kerana tidak mahu isterinya bertanya tentang hal-hal yang disorokkan, ataupun supaya perbualan itu menuju arah yang dia mahu sahaja.

(4) Kepuasan diri:
Sekali-sekala kita berdusta kerana hendak memuaskan diri sendiri. Sebagai contoh, kita berdusta kerana hendak berseronok-seronok dengan cara melawak dan bergurau senda, atau kerana hendak melebih-lebihkan cerita kita. Kajian-kajian yang pernah dibuat oleh pakar-pakar psikologi mendapati kebanyakan orang berdusta untuk kepentingan mereka sendiri. Di dalam suatu kajian, daripada 322 pendustaan, 75.8 peratus menguntungkan si pendusta, 21.7 peratus menguntungkan orang yang didustai dan 2.5 peratus menguntungkan orang lain.


Di dalam Islam, kita dibenarkan berdusta hanya untuk tiga tujuan. Pertama untuk menyelamatkan orang yang tidak bersalah daripada dianiaya. Kedua untuk mendamaikan dua orang yang bermusuhan. Ketiga untuk menjaga hubungan baik antara isteri-isteri.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud r.a, dari Nabi saw. bersabda, "Hendaklah kalian bersikap jujur karena kejujuran akan membawa kepada kebaikan dan kebaikan dapat mengantarkan ke surga. Sesungguhnya seseorang senantiasa jujur sehingga ditulis sebaga seorang yang jujur. Dan sesungguhnya dusta dapat menyeret kepada kejahatan dan kejahatan dapat menyeret ke dalam neraka. Sesungguhnya seseorang senantiasa berdusta hingga ditulis di sisi Allah sebagai pendusta," (HR Bukhari [6094]).




Memang cantik berkain batik,
mari dipakai nyonya melaka
kalau ingin dipandang cantik,
jangan suka berkata dusta



renung-renungkan...selamat bermuhasabah...

Saturday, January 16, 2010

Muhasabah Diri

Sedarkah kita bahawa bukan mudah untuk diikuti apatah lagi menjadi "role model"...keikhlasan yang disemai dalam perhubungan sesama manusia bakal menjadikan diri dicintai oleh insan lain...integriti yang dicerap ke dalam diri kemudian diamalkan, bakal menatijahkan kepercayaan daripada insan lain...dicintai + dipercayai ...akan menjadikan kita diikuti...renung-renungkan...selamat mencuba...
Bertemu teman lama.....hampir 7 tahun tak bertemu dgn Bakal Dr Hasniza....

Friday, January 15, 2010

New Born Baby


"betul betul betul....." tanda bunyi sms masuk! Aku mmg suka tgk citer Upin & Ipin....jadi segala bunyi 2x hp aku guna dialog Upin dan Ipin.....

Aku dpt msg dr Bonda Etty....Dia selamat melahirkan baby Girl pada 4.16ptg ( 6/11/09) di Hospital Colombia Seremban.....Sempatlah aku ngular ke hospital Colombia jenguk dia.....

Tgklah gambar baby tu....eeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii gerammmmmm nyerrrr! tembam sgt2x.........


Dahlia namanya...........sempena nama bunga! semoga baby akan secantik dan seindah bunga berseri sentiasa.......






Wednesday, January 13, 2010

Rindunya pada Doyah....

Rindunya kat Doyah....lama tak jumpe Doyah...Doyah ni anak Bonda Etty...Aku mmg cepat jatuh syg dan rindu pada kanak2x...apatah lg, bila doyah lah satu2xnya kanak2x yg panggil aku dgn panggilan Mama....aduhai...cair hati aku! (walaupun sbnrnya aku tahu dia tgh konpius sbb pengasuh dia juga dipanggil mama...tak kisahlah! aku tak kisah! hehehhe...)

Cuma skrg ni bila dah besar, dia dah mula ikut kakak2x dia panggil aku dgn gelaran baru lak..Acik Untie! (mungkin dia dah dpt bezakan antara panggilan utk pengasuh dan aku kot... :(( ...) takpelah Doyah...acik untie pun...acik untie laaa.....hehehhe

Makin besar ni..makin aku geram dgr keletah dia, yg banyak berckp, dah pandai menyanyi...so sweet!!!..

Bila dukung anak org...hati ni terus jadi sayu...bilalah aku dpt dukung anak sendiri pula...hiba dan sunyi dtg melanda....AKU PASRAH DGN KETENTUAN ILAHI DAN TAKDIR YG MENENTUKAN SEGALANYA....JODOH, AJAL & MAUT SEMUA DITGN TUHAN...AKU PASRAH!












Nikmatnya Menjadi Tetamu Allah
















Syukur Alhamdulillah..... Pada 04/08/07 aku telah mejejakkan kakiku buat pertama kalinya di Bumi yg penuh barakah dan penuh bersejarah....

alhamdulillah...aku diterima menjadi tetamu Allah...dapat menziarahi makam Rasulullah biarpun hanya dari luar...Beberapa hari di Madinah buat aku sedih untuk meninggalkan Madinah, Rombongan kami terus ke Mekah untuk mengerjakan Umrah...Bermula miqat di Masjid Bir Ali...rasa gementar bila pertama kali melihat baitullah...syahdu rasa hati ini bila mengerjakan tawaf dgn penuh pasrah...sepanjang bertawaf, airmataku tak henti mengalir...mengenangkan segala noda dan dosa yg tak mampu aku hitung dan kira dgn bilangan jari jemari yg ada...




Alhamdulillah juga, aku dapat melakukan Sai (antara Safa dan Marwah) benar2x mencabar dan penuh dugaan....buat aku teringat kisah Siti Hajar yang amat tabah. Selesai Sai, aku bertahallul dgn mengunting sedikit rambut...selesai bertahallul bermakna selesailah sudah sebuah Umrah..harapan ku moga diterima Allah segala ibadatku.

Hari esoknya bermula lg, alhamdulillah aku dapat selesaikan sebuah Umrah lg...begitulah seterusnya selagi peluang yg ada, aku takkan lepaskan...Disebelah tgh hari, kami sempat menziarahi Gua Tsur, Hudaibiyah, Jabal Rahmah, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina, Jamrah, Muzium, Ladang Unta, dan Kilang buat kain Kaabah...

Hari akhir, aku melakukan tawaf wida', iaitu tanda berpisah. Moga allah mengizinkan aku lagi untuk dtg kembali dan menjadi tetamunya lagi....bertemu KekasihNya penuh nikmat dan pasrah bagai berada didalam Jannah...itulah harapan dan perasaan yg aku lalui....insyaallah, wahai Bumi penuh barakah, aku akan kembali...insyaallah


Tuesday, January 12, 2010

Muhasabah Diri.....

Jangan impikan perut sekenyang memamah nasi sekawah, kalau yang dikunyah hanya sekeping roti benggali...jangan impikan isteri semulia fatimah azzahra, kalau peribadi tidak seteguh saidina ali....jangan harap kail disambar kelah, kalau umpan sekadar mencecah pinggir kali... jangan impikan menang bermaruah, kalau usaha hanya sekali......renung-renungkanlah...dan selamat beramalllllllllllllllllll........................

Bandung 2009
















Family Day Dec 2009

Mcm jakun betul budak2x ni ......


Mak dan Abg lee tgh sibuk bakar arang....


Yg menunggu nak mkn lg ramai dr yg masak!


BBQ...Perghhh!!!


Best tu naik Banana Boat!



Bergambar di Rumah Libur Port Dickson


Bergambar di Laguna Resort Port Dickson