Hari ini nampaknya semua serba tak kena. buat itu tak kena, buat ini tak kena. terasa kosong dan tiada matlamat dalam kehidupan. tiada rasa sesuatu yg membuatkan aku benar2 mampu tersenyum sepnuhnya. terasa bosan dengan hidup. terasa mahu membiarkan segala apa yg berlaku terus berlaku dan tidak mahu mengubahnya. terasa tiada lagi cinta dalam hidup ini. terasa tiada lagi nikmat dalam hidup ini. terasa hanya kegagalan menanti. terasa hanya ingin nafsu diikuti.
aku merasa kecewa. aku merasa sedih. aku merasa pilu. aku merasa diri ini tidak dihargai. aku merasa diri ini tiada nilai. aku merasakan cinta yg ingin aku hulurkan tiada nilai. aku terasa aku hina, tapi hina benarkah aku sehingga aku merayu untuk secebis kasih. aku telah penat berusaha. Letih untu semua ini.
YA ALLAH, aku hambamu yg lemah. aku jahil. aku hina. aku berdosa. aku tidak layak untuk syurgamu, tapi aku takut seksa nerakamu YA ALLAH. aku bukanlah hambamu yg bersyukur. aku merungut dan tidak reda dengan pemberiaan MU. YA ALLAH, segalanya milik engkau YA ALLAH. KAU bantulah aku YA ALLAH. jadikanlah aku hambamu yg tahan dengan ujianMU. dunia ini sementara sahaja, aku ingin menatap wajahmu di syurga. YA ALLAH, sekiranya kau tak bantu aku, siapa lagi mahu bantu YA ALLAH. berilah aku kekuatan untuk reda dengan ketentuanMU YA ALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment