Saturday, February 26, 2011

Maaf.....

Susah nak maafkan? Dendam ? susah nak minta maaf apatah lagi nak memaafkan seseorang. aku ada terbaca sebuah firman yang berbunyi :


“Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara.” Wahai diri, api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya.

kebaikan itu tampak sukar dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan

memaafkan org lain bkn brmkna menjatuhkan martabat kita, ttp dgn sndirinya ia telah memuliakan diri kita, bkn saja dipndg mulia oleh mkhluk tp lbih2 lg pd pandngan Allah...

Musa bin Imran a.s berkata: Wahai Tuhanku, siapakah org yg paling mulia pd pandanganMu? Allah Taala mnjwb: Brgsiapa yg mmberi maaf, meskipun dia memiliki kmampuan utk mmbalas dendam (Baihaqi)

Tuesday, February 22, 2011

Muhasabah Diri

A reminder to myself - Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya

Tuesday, September 7, 2010

Puting dalia

Kesian adik dalia...puting kopek dia tinggal dalam keta acik untie...tadi nak hantar repair keta, ternampak ada puting bawah seat..

Thursday, August 19, 2010

Happy Birthday to Me !!!!

Happy birthday to me...Aku nak cake mcm siti...ada ke org nak bg kek kat aku mcm tu? JANGAN KO PERASAN ECAH!!! ko ingat ko tu artis ker? hmmmm....mmg pun, aku bkn artis pun, pelakon belakang tabir pun bukan! Aku insan biasa jer... :(



Beruntung dan bertuahkan siti...setiap tahun dapat hadiah mahal...dapat kek bertingkat2x... hmm...eh! ni hari jadi aku le..napa siti interprem lak!

ok..ok...tutup mata...tadah tangan, minta doa pada Allah. "ya allah ya tuhanku, aku bersyukur kepadamu ya allah, kerana nikmat yang ko berikan kepadaku dan kesempatan utk aku melangkah kehadapan lagi. Ya allah, kau kuatkanlah semangatku, kau teguhkan imanku, permudahkan segala urusan hidupkuya allah, ringankanlah ya allah segala beban hutang piutang ku dan ko limpahkanlah rezekimu ya allah..." ya allah tuhan yang maha mulia maha kuasa, ko tetapkanlah jodohku dengan orang yang beriman..aminnnn"

doa yang akhir tu harussss.....hehhehe semoga aku ada teman untuk aku meniti usia tuaku nanti. insyaallah...

Abah...

Ramadhan datang lagi....sayunye hati ni..mulalah teringatkan arwah abah. Dulu waktu arwah abah ada, tak pernah pun aku heran dia balik ke, ada ke kat umah.. tp bila dah tiada hati ni mula rasa sayu. Apatah lagi bila masalah menimpa! aduhhh siksanya rasa, takder tempat nak ngadu. Semuanya buat sendiri, baik dari tukar mentol lampu, tukar kepala pipe, tukar getah washing machine, cat rumah, tukar tombol pintu...semualah aku kena buat sendiri! aku kena belajar pasang dan repair sendiri!

"kenapa tak panggil jer kontraktor?" kata jiranku...ahhhh !! tobat aku nak panggil kontraktor lg, bayar mahal2x last2x entand dapur belakang mcm reban ayam apa tah dibuatnya! Dalam hati sbnrnya aku tak der duit dah...mana nak cekau duit lagi. kot dulu ada abah, boleh lah gak mintak kat dia. skrg?? takkan nak panggil abah lagi.

Alangkah baiknya kalo abah ada lagi..aku nak bawa mak dan abah jalan-jalan satu malaysia. Guna duit sapa? tentulah duit abah...hehehehhe...gaji aku pun bukannya banyak. cukuplah nak bayar duit api, air, cukai, astro, indah water, keta, credit card...mmg cukup2x mkn jer.

Kdg2x kesian tgk mak...bila mak susah hati jer..mulalah dia nyebut2x nama arwah abah. kadang2x sampai tahap mak samakan tingkah laku aku yang banyak ikut arwah abah...cara jalan, cara cakap, cara bersin! dan paling lawak cara aku mkn ketam pun mak aku samakan mcm arwah abah. Aku tau mak rindu abah sbnrnya. Aku pun rindu abah gak...tapi betul ke aku banyak ikut cara abah?? hmmm.....

Abahhhh....rindunya kat abahhhh....rindu sgt2x...

al-fatihah untuk arwah abah, Mat Bin Othman. semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2x yang beriman. aminnnnn...

Saturday, March 27, 2010

Friday, March 26, 2010

Aku rasa spt putus asa, letih nak teruskan perjuangan hidup ini

Hari ini nampaknya semua serba tak kena. buat itu tak kena, buat ini tak kena. terasa kosong dan tiada matlamat dalam kehidupan. tiada rasa sesuatu yg membuatkan aku benar2 mampu tersenyum sepnuhnya. terasa bosan dengan hidup. terasa mahu membiarkan segala apa yg berlaku terus berlaku dan tidak mahu mengubahnya. terasa tiada lagi cinta dalam hidup ini. terasa tiada lagi nikmat dalam hidup ini. terasa hanya kegagalan menanti. terasa hanya ingin nafsu diikuti.

aku merasa kecewa. aku merasa sedih. aku merasa pilu. aku merasa diri ini tidak dihargai. aku merasa diri ini tiada nilai. aku merasakan cinta yg ingin aku hulurkan tiada nilai. aku terasa aku hina, tapi hina benarkah aku sehingga aku merayu untuk secebis kasih. aku telah penat berusaha. Letih untu semua ini.

YA ALLAH, aku hambamu yg lemah. aku jahil. aku hina. aku berdosa. aku tidak layak untuk syurgamu, tapi aku takut seksa nerakamu YA ALLAH. aku bukanlah hambamu yg bersyukur. aku merungut dan tidak reda dengan pemberiaan MU. YA ALLAH, segalanya milik engkau YA ALLAH. KAU bantulah aku YA ALLAH. jadikanlah aku hambamu yg tahan dengan ujianMU. dunia ini sementara sahaja, aku ingin menatap wajahmu di syurga. YA ALLAH, sekiranya kau tak bantu aku, siapa lagi mahu bantu YA ALLAH. berilah aku kekuatan untuk reda dengan ketentuanMU YA ALLAH.